Tuesday 16 October 2012

Cinta Itu Bukan Menjamin Kebahagian




Kadang terasa amat kasihan dan simpati pada pasangan yang hangat bercinta lamanya.. Bersumpah sehidup semati.. Bercinta hingga kadang terlupa jodoh itu adalah rahsia Allah.. Bercinta seolah olah perancangan terjadi mengikut kemahuan sendiri.. Namun bila sebuah perhubungan itu tidak menjadi mengikut apa yang dirancangkan.. Jodoh itu tiada..



Itulah kadang terjadi, sudah berkahwin tapi masih lagi menyintai kekasih lama.. Tidak menyintai dia yang berhak dan halal pada suatu ikatan..

Apabila merasakan jiwa kosong dan terasa amat sunyi maka kehidupan umpama lorong duka lara, simpang siurnya adalah kekeliruan dan kekecewaan sedangkan deru anginnya adalah nyanyian kedukaan
Jika kita menyintai seseorang kerana Allah, pasti kita tidak teruja dan lari dari landasan yang seharusnya kita ikuti.. Jika cinta dan kasih pada pasangan kita hanya menurut hati dan nafsu, kelak pasti alan merasakan derita.. Bukan bahagia dan ketenangan jiwa yang dikecapi..

Cinta itu satu naluri pada kita sebagai hambaNya tak kira siapa siapa.. Satu perasaan yang sukar digambarkan.. Sewajibnya kita utamakan cinta kita pada Allah swt dahulu kerana perasaan cinta itu ada hanya padaNya..


Kita sebenarnya memerlukan tempat bergantung untuk kita sandarkan harapan kita dan tujukan doa kita.. Inilah hakikat insan, lemah dan serba kekurangan.. Kebahagiaan tidak akan menyapa jiwa kita tanpa kita bukakan pintu hati kita untuk menerima hakikat kelemahan diri ini..

Kebahagiaan tidak akan menyapa jiwa kita tanpa kita bukakan pintu hati kita untuk menerima hakikat kelemahan diri ini..

Hidup kita bukan sekadar mencari kebahagiaan untuk diri kita sahaja, kadang perlukan pengorbanan demi melihat senyuman orang yang kita sayang..
Pernahkah kamu merasakan rindu pada seseorang hingga merasakan kehilangan kerana kamu sedari kenangan bersamanya lalu tidak mungkin kan kembali lagi
Kerana sebenarnya, kita terlalu agungkan perasaan cinta itu hingga kadang membelakangkan agama, dan merasakan amat memerlukan cinta sesama manusia.. Sedangkan cinta itu jua punyai maksud yang meluas hingga kadang menjerumus kita pada kancah hina..

Tanpa memiliki insan yang kita sangkakan cinta pada yang tidak berhak, kita jua mampu untuk menikmati bertapa manisnya kebahagiaan..

Thursday 17 May 2012

Cara Letak Button Like Facebook (FB) di Blog



Steps :
  • Pergi ke DASHBOARD >> DESIGN >> EDIT HTML >> tick Expand Widget Templates
  • Cari code dibawah nie dan untuk memudahkan pencarian, korang boleh tekan Ctrl + F dan paste coding ini untuk search ye.

data:post.body
  • Bila dah jumpe code diatas nie, korang tambahkan code dibawah nie betul-betul selepas atau dibawah code data:post.body tadi

<iframe allowTransparency='true' expr:src='"http://www.facebook.com/plugins/like.php?href=" + data:post.url + "&amp;layout=standard&amp;show-faces=true&amp;width=530&amp;height=60&amp;action=like&amp;colorscheme=light"' frameborder='0' scrolling='no' style='border:none; overflow:hidden; width:530px; height:60px'/>

Bila dah siap, korang tekan button preview dulu tengok ada error ke tak ye. Kalau nampak semua ok, baru save. Dan dah siap.

Selamat mencuba, Gud Luck kawan-kawan
"Sharing Is Caring"

Monday 14 May 2012